MENGAPA PERLU KAD PERUBATAN KALIS INFLASI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Takaful? Saya juga telah berkongsi tentang senarai syarikat pengendali Takaful yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang mengapa perlu kad perubatan (medical card) kalis Inflasi?

APAKAH ITU TAKAFUL

Mengapa Perlu Kad Perubatan (Medical Card) Kalis Inflasi?

Kad perubatan (medical card) berfungsi untuk membayar bil-bil hospital. Jumlah manfaat perlindungan kad perubatan (medical card) yang mencukupi perlu dititikberatkan ketika pemilihan kad perubatan (medical card) supaya jumlah manfaat perlindungan kad perubatan (medical card) yang dimiliki dapat menampung kos perubatan yang semakin meningkat pada kadar 15% setahun.

Jika anda bercadang untuk mengambil pelan perlindungan kad perubatan (medical card) beri keutamaan dahulu kepada apakah manfaat perlindungan yang anda dapat daripada kad perubatan (medical card) tersebut seperti berapakah jumlah harga bilik dan makanan (room and board), berapakah jumlah had tahunan keseluruhan (overall annual limit) dan berapakah jumlah had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Seperti mana yang anda tahu kos perubatan di Malaysia telah meningkat pada kadar 15% setahun. Dengan anggaran inflasi bagi kos perubatan pada kadar 10% setahun, andaikan jika kos perubatan sekarang adalah RM 100,000 maka pada 20 tahun akan datang anggaran jumlah kos perubatan adalah melebihi RM 600,000.

Contoh

Pilihan 1

Harga Bilik & Makanan: RM 200

Had Tahunan Keseluruhan: Tiada Had Tahunan Keseluruhan

Had Seumur Hidup keseluruhan: RM 1,000,000

Tiada bayaran bersama (maksimum RM 3,000) jika jumlah tuntutan tidak melebihi 10% daripada had seumur hidup keseluruhan

Harga bilik dan makanan akan meningkat 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan

Pilihan 2

Harga Bilik & Makanan: RM 200

Had Tahunan Keseluruhan: RM 100,000

Had Seumur Hidup Keseluruhan: Tiada Had Seumur Hidup Keseluruhan

Tiada Ko-Takaful

Tahun 2016

Andaikan jumlah bil perubatan RM 150,000?

Kad perubatan (medical card) pilihan 1 hanya akan mengenakan bayaran bersama (co-payment) maksimum RM 3,000 sahaja kepada peserta Takaful kerana jumlah bil perubatan melebihi 10% daripada had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Manakala kad perubatan (medical card) pilihan 2 peserta Takaful perlu tanggung sendiri baki jumlah bil perubatan RM 50,000 kerana kad perubatan (medical card) pilihan 2 hanya melindungi RM 100,000 sahaja setahun.

Tahun 2036

Andaikan jumlah bil perubatan RM 600,000?

Kad perubatan (medical card) pilihan 1 hanya akan mengenakan bayaran bersama (co-payment) maksimum RM 3,000 sahaja kepada peserta Takaful kerana jumlah bil perubatan melebihi 10% daripada had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Manakala kad perubatan (medical card) pilihan 2 peserta Takaful perlu tanggung sendiri baki jumlah bil perubatan RM 500,000 kerana kad perubatan (medical card) pilihan 2 hanya melindungi RM 100,000 sahaja setahun.

aizuddintakaful.wordpress.com

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Kad Perubatan (Medical Card) Yang Diperlukan?

Jika hendak memilih kad perubatan (medical card) beri keutamaan dahulu kepada jumlah manfaat perlindungan had tahunan keseluruhan (overall annual limit) bukan jumlah manfaat perlindungan had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Had Tahunan Keseluruhan (Overall Annual Limit) Yang Diperlukan?

Jumlah manfaat perlindungan had tahunan keseluruhan (overall annual limit) yang disarankan adalah sekurang-kurangnya RM 100,000. Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) antara RM 850,000 hingga RM 3,500,000 setahun. Hanya 3 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) di pasaran.

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Had Seumur Hidup Keseluruhan (Overall Lifetime Limit) Yang Diperlukan?

Jumlah manfaat perlindungan had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit) yang disarankan adalah sekurang-kurangnya RM 600,000. Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan kad perubatan (medical card) tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit). Hanya 4 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan kad perubatan (medical card) tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit) di pasaran.

Kad Perubatan (Medical Card) Jenis Manakah Yang Terbaik? Tanpa Had Seumur Hidup Keseluruhan (No Overall Lifetime Limit)?

Terpulanglah kepada anda sama ada hendak memilih jenis kad perubatan (medical card) tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit) atau kad perubatan (medical card) yang ada had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit). Namun beri keutamaan dahulu kepada jumlah perlindungan had tahunan keseluruhan (overall annual limit) bukan jumlah perlindungan had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) antara RM 900,000 hingga RM 2,000,000 setahun dan tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit). Hanya 2 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) dan tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit) di pasaran.

P/S: Asal bukan Insurans Konvensional! Adakah anda telah merancang perlindungan Takaful untuk diri sendiri? Pasangan? Anak-anak? Keluarga? Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Muhammmad Aizuddin

Perunding Takaful

Zul Hijrah Resources

Emel: aizuddintakaful@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: 11A-2, Bangunan Wakaf Setee Aishah, Taman Wakaf Setee Aishah, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kad Perubatan, Kewangan, Takaful, Takaful Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s