ADAKAH TAKAFUL SEBAGAI TEMPAT UNTUK BUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Takaful? Saya juga telah berkongsi tentang senarai syarikat pengendali Takaful yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang adakah Takaful sebagai tempat untuk buat simpanan atau pelaburan?

SENARAI SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL YANG DILULUSKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Takaful bukanlah simpanan biasa seperti simpanan di akaun simpanan bank, Tabung Haji (TH) atau simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Takaful merupakan salah satu alat kewangan yang berfungsi sebagai perlindungan. Jangan membandingkan Takaful dengan simpanan di akaun simpanan bank, Tabung Haji (TH) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana ia umpama perbandingan antara buah oren dan buah epal.

Sekiranya mencarum Takaful, peserta Takaful secara tidak langsung telah ada perlindungan sekiranya berlaku musibah seperti manfaat perlindungan berkaitan kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh dan pelbagai pilihan rider perlindungan seperti  penyakit kritikal, penyakit kritikal peringkat awal, kemalangan, kad perubatan (medical card) dan lain-lain rider perlindungan.

Simpanan yang dimaksudkan dalam Takaful adalah merujuk kepada nilai tunai (cash value). Polisi tidak akan tamat dengan mudah jika peserta Takaful terlepas pandang terlewat membayar caruman tapi pastikan nilai tunai (cash value) masih ada. Nilai tunai (cash value) secara tidak langsung berfungsi supaya polisi Takaful masih aktif jika peserta Takaful terlepas pandang terlewat membayar caruman.

aizuddintakaful.wordpress.com

Dimanakah Tempat Untuk Buat Simpanan Atau Pelaburan?

Simpanan

  1. Akaun simpanan bank
  2. Tabung Haji (TH)
  3. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pelaburan

  1. Unit Amanah
  2. Saham
  3. Hartanah

P/S: Asal bukan Insurans Konvensional! Adakah anda telah merancang perlindungan Takaful untuk diri sendiri? Pasangan? Anak-anak? Keluarga? Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Takaful

Zul Hijrah Resources

Emel: deenazmee@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: 11A-2, Bangunan Wakaf Setee Aishah, Taman Wakaf Setee Aishah, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Takaful, Takaful Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s