KAD PERUBATAN SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL MANAKAH YANG TERBAIK?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Takaful? Saya juga telah berkongsi tentang senarai syarikat pengendali Takaful yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang kad perubatan syarikat pengendali Takaful manakah yang terbaik?

APAKAH ITU TAKAFUL

 

Kad perubatan (medical card) syarikat pengendali Takaful manakah yang terbaik? Setiap kad perubatan (medical card) daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia ini mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri sebenarnya. Ada syarikat pengendali Takaful yang hanya memasarkan kad perubatan (medical card) sebagai rider sahaja. Ada syarikat pengendali Takaful yang memasarkan pilihan kad perubatan (medical card) sebagai rider atau kad perubatan (medical card) standalone.

Kad Perubatan (Medical Card) Rider? Kad Perubatan (Medical Card) Standalone?

Kad Perubatan (Medical Card) Rider

Kad perubatan (medical card) sebagai rider perlu di ambil bersama pelan asas (basic plan).

Kelebihan

  1. Ada manfaat perlindungan kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  2. Boleh diambil bersama rider perlindungan seperti penyakit kritikal, penyakit kritikal peringkat awal, kemalangan dan rider perlindungan yang lain seperti rider waiver of contribution di mana caruman peserta Takaful akan di bayar oleh syarikat pengendali Takaful sekiranya berlaku musibah penyakit kritikal.
  3. Ada nilai tunai (cash value). Polisi tidak akan tamat dengan mudah jika terlepas pandang terlewat membayar caruman tapi pastikan nilai tunai (cash value) masih ada.

Kelemahan

  1. Harga sedikit mahal berbanding dengan harga kad perubatan (medical card) standalone kerana kad perubatan (medical card) rider perlu di ambil bersama pelan asas (basic plan).
  2. Kad perubatan (medical card) akan tamat jika pelan asas (basic plan) ditamatkan.

Kad Perubatan (Medical Card) Standalone

Kad perubatan (medical card) standalone tidak perlu di ambil bersama pelan asas (basic plan).

Kelebihan

  1. Harga murah berbanding kad perubatan (medical card) rider kerana kad perubatan (medical card) standalone tidak perlu di ambil bersama pelan asas (basic plan).
  2. Boleh diambil berasingan kerana tidak perlu di ambil bersama pelan asas (basic plan).

Kekurangan

  1. Jika terlepas pandang terlewat membayar caruman, kad perubatan (medical card) akan tamat.
  2. Tiada nilai tunai (cash value). Kad perubatan (medical card) akan tamat jika terlepas pandang terlewat membayar caruman.

aizuddintakaful.wordpress.com

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Kad Perubatan (Medical Card) Yang Diperlukan?

Jika hendak memilih kad perubatan (medical card) beri keutamaan dahulu kepada jumlah manfaat perlindungan had tahunan keseluruhan (overall annual limit) bukan jumlah manfaat perlindungan had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Had Tahunan Keseluruhan (Overall Annual Limit) Yang Diperlukan?

Jumlah manfaat perlindungan had tahunan keseluruhan (overall annual limit) yang disarankan adalah sekurang-kurangnya RM 100,000. Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) antara RM 850,000 hingga RM 3,500,000 setahun. Hanya 3 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) di pasaran.

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Had Seumur Hidup Keseluruhan (Overall Lifetime Limit) Yang Diperlukan?

Jumlah manfaat perlindungan had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit) yang disarankan adalah sekurang-kurangnya RM 600,000. Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan kad perubatan (medical card) tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit). Hanya 4 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan kad perubatan (medical card) tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit) di pasaran.

Kad Perubatan (Medical Card) Jenis Manakah Yang Terbaik? Tanpa Had Seumur Hidup Keseluruhan (No Overall Lifetime Limit)?

Terpulanglah kepada anda sama ada hendak memilih jenis kad perubatan (medical card) tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit) atau kad perubatan (medical card) yang ada had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit). Namun beri keutamaan dahulu kepada jumlah perlindungan had tahunan keseluruhan (overall annual limit) bukan jumlah perlindungan had seumur hidup keseluruhan (overall lifetime limit).

Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) antara RM 900,000 hingga RM 2,000,000 setahun dan tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit). Hanya 2 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan kad perubatan (medical card) kalis Inflasi dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi (high overall annual limit) dan tanpa had seumur hidup keseluruhan (no overall lifetime limit) di pasaran.

P/S: Asal bukan Insurans Konvensional! Adakah anda telah merancang perlindungan Takaful untuk diri sendiri? Pasangan? Anak-anak? Keluarga? Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Muhammad Aizuddin

Perunding Takaful

Zul Hijrah Resources

Emel: aizuddintakaful@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: 11A-2, Bangunan Wakaf Setee Aishah, Taman Wakaf Setee Aishah, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kad Perubatan, Kewangan, Rider, Takaful, Takaful Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s