APAKAH ITU PELAN PERLINDUNGAN GAJI/PENGGANTIAN GAJI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Takaful? Saya juga telah berkongsi tentang senarai syarikat pengendali Takaful yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang apakah itu pelan perlindungan gaji atau pelan penggantian gaji?

APAKAH ITU TAKAFUL

Pelan perlindungan gaji (income protection plan) atau pelan penggantian gaji (income replacement plan) adalah suatu pelan yang berperanan untuk melindungi dan menggantikan gaji peserta Takaful sekiranya berlaku salah satu daripada perkara berikut;

  1. Kematian
  2. Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh
  3. Penyakit Kritikal
  4. Penyakit Kritikal Peringkat Awal

Manfaat pelan perlindungan gaji (income protection plan) atau pelan penggantian gaji (income replacement plan) ini bertujuan untuk meringgankan beban pasangan atau keluarga peserta Takaful sekiranya berlaku musibah seperti kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh, penyakit kritikal atau penyakit kritikal peringkat awal kepada pencarum Takaful.

Siapakah Yang wajar Memiliki Pelan Perlindungan Gaji (Income Protection Plan) Atau Pelan Penggantian Gaji (Income Replacement Plan)?

Ketua keluarga atau pencari nafkah untuk keluarga (breadwinner) wajar pertimbangkan untuk memiliki pelan perlindungan gaji (income protection plan)  atau pelan penggantian gaji (income replacement plan) ini.

Ada 2 cara untuk merancang pelan perlindungan gaji (income protection plan) atau pelan penggantian gaji (income replacement plan).

  1. Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)
  2. Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)

Melalui cara pencairan modal (capital liquidation method) ini beperanan untuk melindungi gaji (income protection) peserta Takaful untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Andaikan gaji peserta Takaful sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh yang perlu dimiliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya RM 120,000.

Contoh

Gaji sebulan = RM 1,000

Gaji setahun = RM 12,000

Manfaat kematian = RM 120,000

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh = RM 120,000

Formula:

Gaji setahun x n tahun

RM 12,000 x 10 tahun = RM 120,000

Jumlah manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh RM 120,000 berperanan untuk melindungi gaji (income protection) untuk tempoh 10 tahun sekiranya berlaku musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Formula:

Manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh/10 tahun

RM 120,000/10 tahun = RM 12,000 (Gaji setahun)

Tahun 1 = RM 12,000

Tahun 2 = RM 12,000

Tahun 3 = RM 12,000

Tahun 4 = RM 12,000

Tahun 5 = RM 12,000

Tahun 6 = RM 12,000

Tahun 7 = RM 12,000

Tahun 8 = RM 12,000

Tahun 9 = RM 12,000

Tahun 10 = RM 12,000

Gaji Sebulan

Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

RM 1,000

RM 120,000

RM 2,000

RM 240,000

RM 3,000

RM 360,000

RM 4,000

RM 480,000

RM 5,000

RM 600,000

RM 6,000

RM 720,000

RM 7,000

RM 840,000

RM 8,000

RM 960,000

RM 9,000

RM 1,080,000

RM 10,000

RM 1,200,000

Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Melalui cara pengekalan modal (capital intact method/capital conservation method) ini berperanan untuk menggantikan gaji (income replacement) peserta Takaful secara berterusan sekiranya berlaku musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Ada 2 pilihan untuk cara pengekalan modal (capital intact method/capital conservation method).

  1. Tabung Haji (TH)
  2. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Tabung Haji (TH)

Andaikan gaji peserta Takaful sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh yang perlu dimiliki dalam polisi Takaful adalah RM 212,000.

Contoh

Gaji sebulan = RM 1,000

Gaji setahun = RM 12,000

Manfaat kematian = RM 212,000

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh = RM 212,000

Manfaat kematian untuk tahun pertama = RM 12,000

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh untuk tahun pertama = RM 12,000

Baki manfaat kematian  = RM 200,000

Baki manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh = RM 200,000

Formula:

(Gaji setahun/6%) + Gaji setahun

(RM 12,000/6%) + RM 12,000

RM 200,000 + RM 12,000 = RM 212,000

Jumlah manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh RM 12,000 berperanan untuk ganti balik gaji (income replacement) untuk tahun pertama sekiranya berlaku musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. Baki jumlah manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh RM 200,000 berpotensi untuk ganti balik gaji (income replacement) secara berterusan jika di simpan atau di laburkan ke Tabung Haji (TH) yang berpotensi memberikan anggaran purata kadar pulangan setahun 6%.

Formula:

Baki manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh x 6%

RM 200,000 x 6% = RM 12,000 (Gaji setahun)

Gaji Sebulan

Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

RM 1,000

RM 212,000

RM 2,000

RM 424,000

RM 3,000

RM 636,000

RM 4,000

RM 848,000

RM 5,000

RM 1,060,000
RM 6,000

RM 1,272,000

RM 7,000

RM 1,484,000

RM 8,000

RM 1696,000

RM 9,000

RM 1,908,000

RM 10,000

RM 2,120,000

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Andaikan gaji peserta Takaful sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh yang perlu dimiliki dalam polisi Takaful adalah RM 162,000.

Contoh

Gaji sebulan = RM 1,000

Gaji setahun = RM 12,000

Manfaat kematian = RM 162,000

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh = RM 162,000

Manfaat kematian untuk tahun pertama = RM 12,000

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh untuk tahun pertama = RM 12,000

Baki manfaat kematian = RM 150,000

Baki manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh = RM 150,000

Formula:

(Gaji setahun/8%) + Gaji setahun

(RM 12,000/8%) + RM 12,000

RM 150,000 + RM 12,000 = RM 162,000

Jumlah manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh RM 12,000 berperanan untuk ganti balik gaji (income replacement) untuk tahun pertama sekiranya berlaku musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. Baki jumlah manfaat kematian atau hilang upaya kekal RM 150,000 berpotensi untuk ganti balik gaji (income replacement) secara berterusan jika di simpan atau di laburkan ke Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang berpotensi memberikan anggaran purata kadar pulangan setahun 8%.

Formula:

Baki manfaat kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh x 8%

RM 150,000 x 8% = RM 12,000 (Gaji setahun)

Gaji Sebulan

Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

RM 1,000

RM 162,000

RM 2,000

RM 324,000

RM 3,000

RM 486,000

RM 4,000

RM 648,000

RM 5,000

RM 810,000
RM 6,000

RM 972,000

RM 7,000

RM 1,134,000

RM 8,000

RM 1296,000

RM 9,000

RM 1,458,000

RM 10,000

RM 1,620,000

Berapakah Jumlah Manfaat Perlindungan Berkaitan Penyakit Kritikal Atau Penyakit Kritikal Peringkat Awal Yang Diperlukan?

Jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal yang disarankan adalah sekurang-kurangnya antara 3 hingga 5 kali gaji tahunan. Manakala jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal peringkat awal yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 1 kali gaji tahunan.

Andaikan gaji anda sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal yang perlu anda miliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya antara  RM 36,000 hingga RM 60,000. Manakalah jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal peringkat awal yang perlu anda miliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya RM 12,000.

Contoh

Gaji sebulan = RM 1,000

Gaji setahun = RM 12,000

Manfaat penyakit kritikal = RM 36,000 hingga RM 60,000

Formula:

Gaji setahun x n tahun

RM 12,000 x 3 tahun = RM 36,000

RM 12,000 x 4 tahun = RM 48,000

RM 12,000 x 5 tahun = RM 60,000

Gaji Sebulan

Manfaat Penyakit Kritikal
3 Tahun 4 Tahun

5 Tahun

RM 1,000

RM 36,000 RM 48,000 RM 60,000

RM 2,000

RM 72,000 RM 96,000 RM 120,000

RM 3,000

RM 108,000 RM 144,000 RM 180,000

RM 4,000

RM 144,000 RM 192,000 RM 240,000

RM 5,000

RM 180,000 RM 240,000 RM 300,000
RM 6,000 RM 216,000 RM 288,000

RM 360,000

RM 7,000 RM 252,000 RM 336,000

RM 420,000

RM 8,000 RM 288,000 RM 384,000

RM 480,000

RM 9,000 RM 324,000 RM 432,000

RM 540,000

RM 10,000 RM 360,000 RM 480,000

RM 600,000

Manfaat penyakit kritikal peringkat awal = RM 12,000

Formula:

Gaji setahun x n tahun

RM 12,000 x 1 tahun = RM 12,000

Gaji Sebulan

Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal

RM 1,000

RM 12,000

RM 2,000

RM 24,000

RM 3,000

RM 36,000

RM 4,000

RM 48,000

RM 5,000

RM 60,000
RM 6,000

RM 72,000

RM 7,000

RM 84,000

RM 8,000

RM 96,000

RM 9,000

RM 108,000

RM 10,000

RM 120,000

Sekarang ini dekat pasaran telah ada syarikat pengendali Takaful yang lancarkan rider yang melindungi penyakit kritikal peringkat awal. Hanya 3 daripada 11 syarikat pengendali Takaful di Malaysia telah melancarkan rider yang melindungi penyakit kritikal peringkat awal di pasaran.

P/S: Asal bukan Insurans Konvensional! Adakah anda telah merancang perlindungan Takaful untuk diri sendiri? Pasangan? Anak-anak? Keluarga?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Muhammad Aizuddin

Perunding Takaful

Zul Hijrah Resources

Emel: aizuddintakaful@gmail.com

H/P: 019-548 1304

Alamat: 11A-2, Bangunan Wakaf Setee Aishah, Taman Wakaf Setee Aishah, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

 

 

 

Advertisements

About aizuddinazmi

Aizuddin Azmi Perunding Unit Amanah Single License Investment Emel: deenazmee@gmail.com H/P: 019-548 1304 Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
This entry was posted in Informasi, Kewangan, Pelan, Takaful, Takaful Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s